Friday, 4 September 2009
Thursday, 3 September 2009
Markah exam midterm
Salam, markah exam akan dipaparkan pada minggu hadapan. Harap maaf atas kesulitan.
Wednesday, 2 September 2009
Penawar kanser
Friday, 28 August 2009
Serang UNITED

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mahu anak-anak buahnya mempamerkan corak permainan menyerang apabila turun berdepan Manchester United pada aksi Liga Perdana England, Sabtu ini.
Ini kerana, Wenger mahu membalas dendam ekoran kekalahan agregat 1-4 mereka kepada United pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim lepas.
Namun kali ini, Arsenal akan berkunjung ke Old Trafford dengan rekod bersih empat kemenangan berturut-turut termasuk menjamin slot ke Liga Juara- Juara dengan kemenangan 3-1 ke atas Celtic awal pagi semalam.
"Dalam Liga Juara-Juara, kami beraksi terlalu pasif tetapi dalam liga, kami lebih banyak menyerang. Ia lebih kepada mental daripada taktikal," kata Wenger.
"Saya gembira untuk beraksi di sana (Old Trafford) kerana ia adalah pertemuan penting, satu ujian besar. Kami pasti mahu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi apabila beraksi di sana.
"Menewaskan Celtic adalah satu cara terbaik untuk melakukan persiapan. Kami sungguh teratur dan nampak hebat ketika menyerang dan menjaringkan gol.
"Namun, kami masih perlu memperbaiki prestasi dan mahu menunjukkan yang kami banyak meningkat sejak kebelakangan ini apabila turun berdepan Manchester United nanti."
Dalam pada itu, Wenger akan memberi peluang kepada kapten, Cesc Fabregas membuktikan kecergasannya pada saat- saat akhir sebelum dia dibenarkan beraksi di Old Trafford.
Robin van Persie dan Andrey Arshavin yang masuk sebagai pemain gantian pada aksi menentang Celtic mungkin akan kembali berada dalam kesebelasan utama Arsenal.
"Kami perlu pulihkan semula kecergasan kami kerana United tidak bermain pertengahan minggu ini," kata Wenger. - Agensi

sumber: http://www.kosmo.com.my/
Michael Jackson

MJ DIPERINGATI... Patung yang dibuat daripada lilin mirip mendiang raja pop Michael Jackson dipamerkan kepada orang ramai di pekarangan muzium Madame Tussauds Hollywood, Los Angeles semalam. Patung berharga lebih RM1 juta (AS$300,000) itu dihasilkan di London dan dibawa ke Los Angeles dengan "kawalan ketat" menjelang ulang tahun hari jadi mendiang, esok. Jackson meninggal dunia akhir Jun lalu. AP
sumber: http://www.mstaronline.com/
Thursday, 27 August 2009
HUKUM MENGUCAP SELAMAT KEPADA PERAYAAN AGAMA LAIN
Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,Saya pernah terbaca bahawa haram bagi orang Muslim mengucapkan 'selamat menyambut' hari perayaan kepada orang kafir sempena perayaan mereka seperti 'Selamat Menyambut Hari Depavali' atau ' Selamat Menyambut Hari Krismas' kerana seolah-olah kita mendoakan mereka selamat dengan kekufuran mereka. Bagaimana jika hanya menyebut 'Happy Deepavali' atau 'Merry Christmas' kerana pada saya ianya bukan doa untuk mereka tetapi hanyalah ucapan.
Jawapan :
Waalaikumussalam
Kita tidak diharuskan bersama-sama mereka menyambut perayaan mereka sebagaimana kita menyambut hari raya kita. Adapun sekadar memberi ucapan selamat atau menziarahi mereka di rumah -bukan di kuil atau dalam majlis khusus yang diadakan sempena perayaan mereka- insya Allah harus. Memberi ucapan selamat tidak semestinya kita mendoakan selamat untuk agama mereka atau untuk kekufuran mereka. Kita boleh niatkan doa untuk mereka "agar mereka diselamatkan Allah dari kesesatan mereka dan masuk Islam". Ada riwayat menceritakan; seorang Majusi memberi salam kepada Ibnu Abbas r.a. (seorang sahabat Nabi); "Assalamu 'alaikum". Lalu Ibnu 'Abbas menjawab; "Wa alaikumussalam Wa Rahmatullah". Maka sahabat-sahabatnya (yang ada bersamanya) berkata kepadanya; adakah kamu mendoakan rahmat Allah untuknya. Ibnu 'Abbas menjawab; "Tidakkah dia hidup sekarang ini dengan rahmat Allah". Maksud Ibnu 'Abbas; rahmat Allah tidak semestinya bermaksud rahmat di akhirat (yang khusus untuk orang beriman), ia juga bermaksud rahmat di dunia yang dianugerah Allah bukan sahaja untuk orang Islam, tetapi juga untuk orang kafir.
Di dalam al-Quran, Allah hanya melarang kita untuk berbaik-baik dengan orang kafir yang memusuhi Islam dan umat Islam. Adapun orang kafir yang menghormati Islam dan umat Islam, Allah tidak menegah kita untuk berbaik-baik dengan mereka. Dari kebaikan kita itulah akan menjadi contoh kepada mereka dan menjadi pendorong kepada mereka untuk menerima Islam, Insya Allah. Perhatikan firman Allah (bermaksud);
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang (kafir) yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (al-Mumtahanah, ayat 8-9)
Wallahu a'lam.
sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com

MEMASUKKAN ALAT SCAN KE DALAM FARAJ; ADAKAH MEMBATALKAN PUASA
Soalan;
assalamualaikaums ustadz,saya ada kemusykilan..InsyaAllah saya dan suami merancang untuk menjalani prosedur IVF (in vitro fertilization) atau lebih dikenali sebagai bayi tabung uji pada bulan oktober 2009. keputusan menjalani IVF ini dibuat setelah gagal mendapat zuriat dengan kaedah2 perubatan yang lain. Walaubagaimanapun, prosedur ini memerlukan pemeriksaan ovari yang dijalankan melalui kaedah transvaginal ultrasound (alat scan yang dimasukkan ke dalam faraj untuk mendapatkan imej ovari) pada hari-hari tertentu.Keseluruhan kaedah ini memerlukan tempoh rawatan selama 2 bulan setengah. Memandangkan kami bercadang untuk menjalani IVF pada bulan oktober, doktor telah menyusun jadual pemeriksaan dan suntikan hormon untuk saya yang kebanyakannya jatuh pada hari2 tertentu dalam bulan Ramadhan (biasanya, rawatan kesuburan seperti ini memerlukan penjadualan teratur untuk memastikan matlamat IVF itu sendiri tercapai). Adakah alat scan yang dimasukkan ke dalam faraj itu akan membatalkan puasa saya? terima kasih. wallahualam.
Jawapan;Menurut mazhab Syafi'ie, antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu melalui kemaluan hadapan dan belakang (dubur, zakar dan faraj). Oleh demikian, berdasarkan pandangan mazhab ini, puan hendaklah menangguhkan prosedur tersebut ke bulan lain kerana ia akan membatalkan puasa. Jika tidak dapat dielakkan, harus puan melakukannya, namun puan wajib menggantikan puasa yang terbatal itu di hari lain selepas Ramadhan. Ada ulamak berpandangan; perkara tersebut tidaklah membatalkan puasa kerana tiada dalil yang menegaskannya. Antara mereka ialah; Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan asy-Syaukani. Mengikut pandangan kedua ini, tiada sebarang halangan untuk puan melakukan prosedur tersebut dalam bulan Ramadhan kerana ia tidak membatalkan puasa. Pandangan kedua ini ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh as-Shiyam.Dalam mengemukakan perkara-perkara yang membatalkan puasa (malah juga ibadah-ibadah yang lain), di kalangan ulamak ada yang mengambil pendekatan ihtiyat (berhati-hati) dan ada yang mengambil pendekatan berpada dengan sekadar yang disebut di dalam nas. Mazhab-mazhab Fiqh yang masyhur (Hanafi, Syafi’ie, Maliki dan Hanbali) kelihatannya mengambil pendekatan pertama, kerana itu huraian tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa dalam kitab-kitab mazhab cukup panjang berjela walaupun nas-nas yang berkaitan dengannya sedikit sahaja. Beberapa ulamak terkenal – seperti Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah, Imam as-Syaukani dan sebagainya- cenderung mengambil pendekatan kedua. Menurut Imam Ibnu Hazm; Memasukkan ubat melalui lubang dubur, menitik air/ubat melalui saluran kencing atau telinga, menyedut ubat melalui hidung, bercelak, merawati luka yang menembus ke perut dan luka yang sampai ke dalam kepala; semuanya tidak membatalkan puasa kerana ia tidak tergolong dalam pengertian makan dan minum. Kata beliau; “Sesungguhnya kita ditegah Allah ketika sedang berpuasa dari makan, minum, jimak, sengaja muntah dan melakukan maksiat. Tidak pernah kita mengetahui bahawa makan dan minum boleh melalui dubur atau saluran kencing atau telinga atau mata atau hidung atau luka yang menembusi ke perut dan ke kepala. Kita tidak ditegah sekali-kali dari memasukkan sesuatu ke rongga dalam –selain dari makan dan minum- selama ia tidak diharamkan (oleh nas Syarak) ke atas kita”. (al-Muhalla, 4/348).Pada khilaf ulamak ada keluasan bagi umat Islam. Berkata Umar bin Abdul-‘Aziz; “Aku tidak gembira jika sahabat-sahabat Nabi tidak berbeza pandangan, kerana jika mereka semua sepakat atas satu pandangan, sesiapa menyalahinya, ia akan sesat. Namun jika mereka berbeza pandangan, lalu seorang memakai satu pandangan dan seorang yang lain memakai satu pandangan lain, maka terdapat keluasan/kelonggaran bagi urusan tersebut”.
sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com/ ( ustaz nie adalah senior saya ketika di kisas )

sambal belacan salak

BAHAN-BAHAN :
Buah salak yang telah dihiris halus ( buang bijinya )
Cili merah
Cili api
Bawang merah (goreng separuh masak)
Belacan (goreng garing)
Limau nipis/ limau kasturi
Garam & gula secukup rasa.
CARANYA :
Goreng bawang dan belacan (bakar pun okey gak)
Tumbuk/ kisar cili, bawang, belacan
masukkan garam & gula secukup rasa
Masukkan perahan air limau tadi
Akhir sekali masukkan hirisan buah salak.
Selamat menjamu selera.
sumber : zakirawang.wordpress.com
Wednesday, 26 August 2009
Korban Ramadan
KANGAR: “Saya potong tali pinggang keledar bagi mengeluarkan pemandu yang tersepit dalam kereta Perodua Kancil yang beransur-ansur tenggelam ke dalam terusan dan ketika diangkat naik, mangsa masih bernafas. “Dia sempat memegang tangan saya untuk seketika sebelum menghembuskan nafas terakhir di tebing terusan,” kata Mohamad Yatim Denan, 63, menceritakan detik cemas menyelamatkan pasangan yang kenderaan mereka terbabas dalam terusan di Kilometer Satu, Jalan Sungai Baru, Simpang Empat, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seorang anggota Rela, Marzuki Othman, 58, meninggal dunia manakala isterinya, Khalsom Aud Latif, 62, parah apabila kereta Perodua Kancil mereka bergesel sebuah Proton Wira sebelum terbabas ke dalam terusan.Marzuki adalah peneroka Felda Mata Ayer, Padang Besar, dekat sini dan dipercayai meninggal dunia akibat lemas manakala pemandu kereta Proton Wira pula didakwa menghilangkan diri sejurus selepas kemalangan. Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Rusli Yahaya, berkata kejadian berlaku selepas Proton Wira dipandu seorang lelaki gagal memotong kenderaan dinaiki pasangan berkenaan. Katanya, Proton Wira terbabit bergesel dengan bahagian hadapan kereta dipandu mangsa menyebabkan ia hilang kawalan lalu merempuh pokok sebelum terbabas ke dalam terusan.sumber: harian metro online 26/8/09
Tuesday, 25 August 2009
Berita sensasi

DIBEBASKAN....Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, memeluk anaknya, Kaitlynn Sari Dewi,5, (kiri) sebaik dia di bawa pergi oleh pegawai Jabatan Agama Negeri Pahang untuk menjalani hukuman sebat atas kesalahan meminum arak di tempat awam. Bagaimanapun, dia dibebaskan 30 minit kemudian apabila pegawai jabatan agama yang membawanya, menghantar Kartika pulang ke kampung halamannya di Sg Siput. Mereka memberi alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan buat masa ini.Foto AP
sumber :mstar online...
Petua diet

Ni petua diet Rasulullah SAW.. dari laman http://www.petua.org/ , Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2…petua ni juga dpt mengelakkan dr sakit perut @ keracunan makanan..InsyaAllah :
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
angan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
KHASIAT BUAH KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Monday, 24 August 2009
Pengumuman penting
PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-1. Surat Perlantikan Kerja - Original2. Surat Pengesahan Kerja- Original3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)dan... 80 penutup botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....
HIKMAH PUASA
Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan
Menurut Perspektif Islam Dan Sains
Oleh:
Dr. Abu Bakar bin Abdul Majid
Mantan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kesihatan Awam,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ringkasan
Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sebaliknya, dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindroma metabolik. Sindroma ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolik yang melanda dunia masa kini.
Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.
Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Ramai perokok sering kali memikirkan untuk berhenti dari merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali. Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan juga menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka. Melalui kajian-kajian, didapati 70 peratus dari perokok-perokok ternyata telah pun mencuba berhenti merokok dan 40 peratus dari perokok-perokok mencuba berhenti setiap tahun. Kita telah kenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok dan di antara punca utama ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan yang terdapat dalam kandungan asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian. Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadhan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok.
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain. Adalah diharapkan agar kita dapat membantu lebih satu juta rakyat Malaysia beragama Islam yang merokok untuk berhenti merokok sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak tahun ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)