Friday, 28 August 2009

Serang UNITED


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mahu anak-anak buahnya mempamerkan corak permainan menyerang apabila turun berdepan Manchester United pada aksi Liga Perdana England, Sabtu ini.
Ini kerana, Wenger mahu membalas dendam ekoran kekalahan agregat 1-4 mereka kepada United pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim lepas.
Namun kali ini, Arsenal akan berkunjung ke Old Trafford dengan rekod bersih empat kemenangan berturut-turut termasuk menjamin slot ke Liga Juara- Juara dengan kemenangan 3-1 ke atas Celtic awal pagi semalam.
"Dalam Liga Juara-Juara, kami beraksi terlalu pasif tetapi dalam liga, kami lebih banyak menyerang. Ia lebih kepada mental daripada taktikal," kata Wenger.
"Saya gembira untuk beraksi di sana (Old Trafford) kerana ia adalah pertemuan penting, satu ujian besar. Kami pasti mahu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi apabila beraksi di sana.
"Menewaskan Celtic adalah satu cara terbaik untuk melakukan persiapan. Kami sungguh teratur dan nampak hebat ketika menyerang dan menjaringkan gol.
"Namun, kami masih perlu memperbaiki prestasi dan mahu menunjukkan yang kami banyak meningkat sejak kebelakangan ini apabila turun berdepan Manchester United nanti."
Dalam pada itu, Wenger akan memberi peluang kepada kapten, Cesc Fabregas membuktikan kecergasannya pada saat- saat akhir sebelum dia dibenarkan beraksi di Old Trafford.
Robin van Persie dan Andrey Arshavin yang masuk sebagai pemain gantian pada aksi menentang Celtic mungkin akan kembali berada dalam kesebelasan utama Arsenal.
"Kami perlu pulihkan semula kecergasan kami kerana United tidak bermain pertengahan minggu ini," kata Wenger. - Agensi



No comments:

Post a Comment